Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya jualah Buku Perancanan Tahunan 2010 telah dapat disempurnakan.  Tahniah dan syabas diucapkan kepada JK Perancangan Tahunan Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim (IPGKTI) kerana telah menggembling tenaga dan idea bagi menghasilkan satu perancangan hasil rumusan dan inti pati perkongsian pemikiran dalam kalangan semua jabatan dan unit, bagi meneruskan usaha merealisasikan aspirasi, misi dan visi institut serta memperkasa dan memartabatkan profesion keguruan

 

 

Sebagai sebuah organisasi yang terlibat secara langsung dengan latihan keguruan, IPGKTI sememangnya sentiasa mendapat perhatian dan penilaian dari segi pencapaian dan kejayaan dalam pelbagai bidang daripada banyak pihak di luar kampus.  Justeru bagi meneruskan kesinambungan rentetan kejayaan dan kecemerlangan pada tahun 2009 dan sebelumnya, IPGKTI menyediakan satu perancangan tahunan yang komprehensif menggarap sama Perancangan Strategik 2008-2010 serta elemen 1Malaysia. Perancangan ini akan menjadi garis panduan yang jelas kepada semua warga kampus supaya segala dasar, program dan aktiviti pendidikan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan efisien dan sistematik.

 

 

Sebagai dokumen yang lengkap, buku ini perlu dijadikan panduan semua warga IPGKTI dalam memenuhi Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Fail Meja masing.  Sehubungan itu semua AJK yang tersenarai, secara rasminya dikehendaki menjalankan tugas dan tanggungjawab yang ditetapkan.

 

 

Saya percaya bahawa kejayaan dan kecemerlangan IPGKTI bukan sahaja ditunjangi oleh kualiti kakitangannnya malah perancangan tahunan yang realistik dan pragmatik.

 

 

Sekian, terima kasih.

 

 

 

 

(HJ. MOHD SAID BIN HASRAN )
Pengarah
Institut Perguruan Temenggong Ibrahim
Johor Bahru
22 Disember 2009